Mitos dan Fakta Network Marketing

Network marketing atau juga disebut sebagai multilevel marketing (MLM) merupakan salah satu skema ‘bekerja dari rumah’ yang ramai orang salah faham dan sekaligus menimbulkan rasa meluat pada sesetengah orang.

Network marketing dipandang sebagai bisnes kategori rendah yang sering dilakukan oleh wanita atau suri rumah tangga untuk mengisi waktu lapang.

Namun seperti skema bisnes lain, network marketing merupakan salah satu bisnes yang sebenarnya anda wajib pertimbangkan sebagai salah satu dari usaha meningkatkan pendapatan.

Dan seperti bisnes lain, untuk berjaya anda tetap diperlukan untuk rajin, kerja keras, dan bersemangat kental.

Hanya kerana pendekatan ‘bisnes yang dilakukan dari rumah’ bukan bererti nak sukses dalam network marketing dianggap mudah berbanding bisnes lain.


Mitos dan Fakta Network Marketing

> Mitos 1: Network Marketing Merupakan Bisnes Haram Skim Piramid

Fakta: Bisnes yang disebut skim piramid TIDAK memiliki produk atau perkhidmatan yang sebenar dan hanya memberi komisen pada member semata-mata berdasarkan pada member baru yang telah ditaja.

Dalam bisnes network marketing yang legal, syarikat menawarkan produk atau perkhidmatan yang memiliki manfaat kepada pengguna.

Menaja ahli baru tetap dibenarkan namun tujuan hanya untuk meningkatkan pendapatan berdasarkan volume penjualan.

> Mitos 2: Hanya Ahli Di Posisi Tinggi Yang Boleh Menghasilkan Pendapatan

Fakta: Sebelum menjawab mitos ini, bayangkan sebuah syarikat yang terdiri dari hierarki tertinggi (contoh: CEO) hingga paling terendah (contoh: tukang sapu).

Syarikat ‘biasa’ seperti itu juga memiliki hhierarki pendapatan berbeza mulai dari level paling atas hingga paling bawah.


Ertinya, dalam syarikat apa sekalipun, terdapat perbezaan pendapatan yang disesuaikan dengan level atau jawatan dalam syarikat terebut.

Dalam syarikat network marketing yang baik, setiap ahli boleh menghasilkan wang melebihi level mereka dalam organisasi.

Jika menjalankan bisnes ini dengan baik, tidak mustahil seorang ahli baru memiliki pendapatan melebihi ahli yang lama.

Ringkasnya, yang rajin berusaha akan mendapat pendapatan lebih tinggi, tidak terhad kepada pangkat

> Mitos 3: Network Marketing Mengeksploitasi Orang Ramai

Fakta: Untuk berjaya dalam network marketing seseorang ahli perlu bekerja keras dan sekaligus membantu orang lain agar tujuan mereka tercapai.


Anda tidak akan berjaya sekiranya anda hanya pandai merekrut tetapi tidak dapat membantu ahli yang ditaja anda.

Seteleh menaja ahli baru anda harus terus membantu mereka agar sama-sama meneruskan langkah menaja lagi ahli baru dan seterusnya. Baru lah mereka juga boleh memperolehi pendapatan.


Mereka yang hanya menaja ahli baru berdasarkan kepada kepentingan diri sendiri tidak akan berjaya seperti mereka yang membantu orang lain agar sama-sama berjaya.


> Mitos 4: Akhirnya MLM Akan Tepu Kerana Semua Orang Sudah Menjadi Ahli

Fakta: Istilah tepu bagi network marketing tidak mungkin akan terjadi kerana jumlah orang adalah tidak terbatas. Tahap penggunaan setiap hari tetap akan meningkat.


Setiap hari terdapat bayi yang lahir. Setiap hari ada remaja yang berusia 18 tahun dan akan menambah jaringan pemasaran yang berpotensi baru


Sama seperti HP. Setiap hari kilang akan beroperasi dan mengeluarkan ribuan HP.


Jadi adakah satu hari kilang akan berhenti mengeluarkan HP? Jawapannya TIDAK. Kerana setiap hari pengguna akan bertambah. Malah ada antara kita yang memiliki lebih dari 3 HP. Betul?


> Mitos 5: Network Marketing Tidak Dapat Menghasilkan Pendapatan

Fakta: Menurut Direct Selling Association, AS, pada tahun 2013 industri penjualan langsung mengaut 31,63 juta dolar dalam penjualan retail di Amerika Syarikat.

Di seluruh dunia, jumlah penjualan nertwork marketing mencapai jumlah 100 juta dolar.

Angka-angka ini menunjukkan bahawa network marketing sangat hebat

Berjaya atau gagal tidak berkaitan langsung dengan skim network marketing tetapi ditentukan oleh kerajinan dan usaha diri kita sendiri untuk menjalankan bisnes tersebut.


Ramai orang mengalami kegagalan. Ramai juga berputus asa. Dan lebih ramai lagi berhenti separuh jalan. Tetapi tidak bermaksud bisnes tersebut tidak memberi pulangan.

> Mitos 6: Tiada Orang Yang Benar-Benar Kaya Menjalankan Network Marketing


Fakta: Ya, Memang Benar. Tidak semua orang akan menikmati hasil yang tinggi dari network marketing. Sama juga seperti bisnes lain. 


Tetapi menjadi kaya bukan lah satu ukuran



Jika menjadi kaya merupakan satu ukuran, maka majoriti usahawan bisnes biasa adalah satu kegagalan besar. Adakah mereka yang membuat bisnes biasa kaya?


Sebaliknya, network marketing diukur dari berapa ramai jumlah orang yang berjaya mereka bantu untuk mencapai tujuan mereka.


Ramai yang berjaya dalam network marketing mendapat cukup wang sehingga mereka tidak perlu lagi bekerja makan gaji dan boleh menyelesaikan hutang mereka


> Mitos 7: Network marketing Adalah Satu Kumpulan Agresif

Fakta: Memang diakui terdapat sesetengah dari ahli yang menggunakan skill agresif demi untuk menaja ahli baru

Walaupun begitu mereka yang agresif ini boleh ditemui di mana-mana sahaja. Agresif dalam soal agama, kumpulan, ideologi dan lain-lain


Untuk berjaya dalam network marketing kita tidak perlu terlalu agresif



Hanya kerajinan dan semangat kental untuk berjaya cukup untuk meraih kejayaan


ANDA SETUJU FAKTA DI BAWAH?


Jangan Pandang Rendah MLM - Ada Yang Dah Jadi Jutawan Senyap

Untuk mencapai pendapatan bertaraf jutawan atau mempunyai pendapatan melebihi RM1Juta setahun dalam MLM adalah bukan perkara mustahil bahkan saya pernah berjumpa dengan pengedar MLM yang berpendapatan RM1 juta sebulan. Pendapatan bulanan mencecah RM1juta bukan tahunan..Bagi memenuhi maksud itu, sudah semestinya anda mesti mempunyai rangkaian organisasi yang besar. Berapa ramaikah keahlian yang perlu ada dalam organisasi bagi mencapai pendapatan bertaraf jutawan? Ini merupakan persoalan yang begitu subjektif kerana ia sangat berkadaran dengan jumlah penggunaan produk atau "sales" bagi setiap individu.Perkara penting yang wajib dipenuhi dalam satu syarikat MLM adalah seperti berikut;

1. Mencari keperluan setiap lapisan manusia dan memenuhinya melalu produk anda.
Jika syarikat anda mempunyai produk range yang lebih besar sehingga memenuhi keperluan setiap lapisan manusia bermula dari baby, kanak2, remaja, orang dewasa dan seterusnya kepada golongan tua., maka anda mempunyai banyak pasaran atau pengguna yang akan mengguna produk anda.

2. Keperluan yang berulang-ulang.
Jika anda mempunyai produk begini, ianya akan menjamin anda untuk mendapatkan pulangan atau pendapatan yang berterusan. Anda tidak akan penat untuk melakukan penajaan berterusan. Cukuplah sekadar 2 ribu ke 5 ribu keahlian dalam organisasi anda yang mengguna cuma 100BV sebulan. Anda sudah boleh menikmati pendapatan 6 angka sebulan serta berulang-ulang setiap bulan. Kerja penajaan bukan semuanya dilakukan oleh kita sendiri, ianya secara berkumpulan.

3. Kuasa Multiply dan Duplikasi (Multiplikasi)
Multiply ialah dari 1 kepada banyak-banyak.. Ianya diibaratkan seperti dari sebiji benih jagung, akan tumbuh sepohon jagung dan akan menghasilkan beberapa tandan jagung yang mengandungi beberapa ribu benih jangung yang baru.. Itulah multily.
Duplikasi pula ialah setiap benih jagung baru tadi (yang beribu-ribu) mengulangi proses yang sama iaitu setiap satunya menghasilkan sepohong jangung yang mempunyai beberapa tandan jangung yang di dalamnya mempunyai beberapa ribu benih jagung baru.. dan proses ini berlaku berterusan.

Jika 1sen dimultiplykan dengan 2 setiap hari, pada hari yang ke 28 anda sudah memperolihi hasil sebanyak RM1.342,177.28. Jumlah terkumpul yang anda perolihi pada hari ke 30 ialah melebihi RM10 juta.

Itulah kuasa Multiply + Duplikasi yang berlaku dalam MLM. Kejayaan dalam sesuatu organisasi MLM adalah bergantung kepada kejayaan anda menduplikasi. Tidak dinafikan bahawa "The BEST Networking" ialah "100% Duplications".

Duplikasi Matlamat, rancangan serta tindakan dan segala yang positif keseluruh rangkaian anda. Perniagaan MLM adalah perniagaan menduplikasi. Jika anda menggunakan produk harian dirumah anda adalah 100% dari produk syarikat anda, maka anda sepatutnya menerapkan atau menduplikasikan keseluruh rangkaian anda. Cara untuk menerapkan konsep ini adalah melalui kursus atau meeting kumpulan.

Harus dingati, untuk mencapai ke tahap ini bukanlah suatu perkara yang pelik tetapi ianya perlu melalui PROSES demi proses. Ia tidak berlaku sekelip mata atau dalam masa yang cepat. Sebab MLM tulin adalah bukan "Skim Cepat Kaya". Ambillah masa.. Antara 2 ke 3 tahun atau mungkin 5 tahun. Lakukan dengan permulaan yang BETUL.



ANDA SETUJU FAKTA DI BAWAH?


BAGAIMANA MENGENALI POTENSI DIRI

Setiap manusia memiliki kekuatan dan potensi masing-masing, tapi masih banyak yang belum menyedari potensi sebenar dalam dirinya sendiri.

Kejayaan hidup seseorang itu ditunjangi oleh kebolehannya mengasah dan menggilap potensi sebenar yang dianugerahkan Allah kepadanya dan menyelusuri jalan yang di bentangkan oleh Allah untuknya

Ramai di kalangan kita hari ini tidak mengambil peduli tentang apakah kelebihan-kelebihan yang telah Allah anugerahkan kepada kita. Kita hanya redha dengan apa yang ada dengan alasan….. itu adalah takdir kita yang telah ditetapkan oleh Allah.

Pernahkah terlintas dalam hati kita...dalam fikiran kita ….dalam minda kita, apakah rezeki kita dihadkan Allah setakat ini sahaja? Adakah Allah memandang darjat dan rupa untuk memberi rezeki kepada hambaNya? Adakah Allah memilih bangsa dan warna kulit untuk mengurniakan kejayaan kepada umat manusia? Adakah Allah memilih jantina dan agama untuk menurunkan rezeki kepada kita yang bernama insan yang hina dina ini. Tidak sekali-kali wahai tuan-tuan dan puan-puan…. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil terhadap setiap hambanya

Jarang sekali terlintas difikiran kita….. adakah apa yang kita kerjakan hari ini adalah apa yang sepatutnya kita kerjakan? Adakah bidang yang kita terokai hari ini adalah sesuai dengan diri kita. Adakah keringat yang kita curahkan sudah mencukupi untuk Allah anugerahkan kita dengan kekayaan? Adakah pengorbanan yang kita buat sehingga hari ini sudah mencukupi untuk sebuah kejayaan? Adakah derita dan sengsara yang kita alami sudah cukup untuk ditukarkan dengan sebuah kebahagiaan?

Pernahkah kita terfikir ... ? Adakah apa yang kita usahakan hari ini dijana menggunakan potensi sebenar yang dianugerahkan oleh Maha Pencipta kepada kita? Adakah segala usaha, keringat, perngorbanan dan penderitaan yang terpaksa ditempuhi oleh mereka yang berjaya adalah sama dengan apa yang telah kita curahkan selama ini? Renung-renungkanlah… “Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubahnya.”

Dan untuk berubah kita perlu terlebih dulu mengenali potensi diri kita. Untuk mengenali potensi diri, kita perlu

1. Kenali diri sendiri
Analisis diri kita, apa yang membuat kita bahagia, apa yang kita inginkan dalam hidup ini, apa kelebihan dan kekuatan yang kita ada. Apa kelemahan kita. Kemudian jawablah pertanyaan ini secara jujur dan objektif. Mintalah bantuan keluarga atau sahabat untuk menilai kelemahan dan kekuatan kita. Senaraikan kesemuanya. Perbaiki segala kelemahan kita dan tingkatkan lagi kelebihan yang ada.

2. Tentukan matlamat hidup
Tentukan matlamat hidup kita........ sama ada j/pdk atau j/pjg. Tapi kena la realistik, jgn melampau-lampau. Apa sebenarnya yang kita nak capai dalam hidup. Apa impian kita. Apa keinginan kita. Kita kena berimaginasi tp bukan berangan-angan. Sebuah imaginasi yang cemerlang akan membuahkan kejayaan. Suatu angan2 walaupun gemilang....akan hanya tinggal menjadi kenangan.

3. Kenali motivasi diri
...what drives u? Setiap dari kita memiliki motivasi tersendiri untuk mencapai tujuan hidupnya. Kenali apa yang memotivasikan kita, apa yang mampu memacu semangat kita, apa yg menjadi pendorong kita untuk menghasilkan usaha terbaik, sehingga kita memiliki kekuatan dan kemampuan untuk menjadi yang terbaik.

4. Sentiasa berfikiran positif
Lenyapkan segala pemikiran-pemikiran negatif yang boleh menghalang usaha kita untuk mencapai matlamat. Setiap kali kita menghadapi kesukaran, atau menemui jalan buntu, jangan menyalahkan orang lain, jangan menyalahkan keadaan. Cuba nilai kembali setiap apa yang telah kita lakukan, perbaiki semua kesilapan dan kemudian bangkit dan terus melangkahlah kembali dengan penuh azam dan keyakinan

5. Jangan menyalahkan diri sendiri
Jika terjadi sesuatu yang tidak diinginkan dalam mencapai tujuan anda, jangan menyesali dan menyalahkan diri sendiri secara berterusan. Jangan terlalu beremosi. Tak ada maknanya. Kesedihan tidak menguntungkan sesiapa. Kita perlu segera bangkit dari kegagalan dan tetapkan matlamat dengan jitu. Jadikan kegagalan itu sebagai pengajaran dan panduan untuk kita lebih berhati-hati di masa hadapan

6. Perubahan sikap
Kita perlu mengubah sikap. Dari negatif kepada positif. Faktor kepada perubahan sikap ialah perasaan, kepercayaan, pemikiran, imaginasi, janji diri dan kelebihan serta kelemahan diri iaitu potensi diri.

Untuk mengubah sikap..... kita perlu mengubah perasaan...
Sebelum mengubah perasaan....kita perlu mengubah kepercayaan.
Sebelum mengubah kepercayaan ....kita perlu mengubah pemikiran.
Sebelum mengubah pemikiran ...kita perlu mengubah imaginasi.
Sebelum mengubah imaginasi ....kita perlu mengubah janji diri.
Sebelum mengubah janji diri .... kita perlu mengenali potensi diri
Sekarang ini mungkin tuan-tuan dan puan-puan sedang cuba menilai, apakah potensi sebenar diri tuan-tuan dan puan-puan. Ingat, potensi kita adalah kunci untuk menggapai sebuah kejayaan. Jadi, mulai sekarang kenalpasti potensi diri anda semoga kebahagian dan kejayaan itu milik kta bersama.


ANDA SETUJU FAKTA DI BAWAH?


16 Nasihat Untuk Usahawan Dari Tun M

Tiada yang lebih baik yang boleh diamalkan oleh seorang usahawan daripada mendengar nasihat yang baik daripada sesiapa saja samada dia suka orang itu atau tidak suka.

Berikut nasihat Tun M buat para usahawan dan bakal usahawan:

1. Melayu perlu belajar dari bawah.Bangsa Melayu perlu belajar dari bawah sebelum masuk dunia perniagaan. Bukan sekadar ada wang dan membuka bisnes, namun perlu belajar dengan bekerja dalam bidang tertentu dan memahami selok belok dunia perniagaan Contohnya jika mahu membuka restoran, bekerja dan melihat situasi dunia perniagaan restoran dari pekerja membuat air, tukang masak, pelayan dan sebagainya. Pengalaman dan kemahiran akan membantu kita bila membuka perniagaan.
2. Modal efektif.Melayu yang mahu berniaga perlu mempunyai modal efektif dan relevan. Contohnya jika mahu membuka bisnes bernilai RM100,000 perlu ada wang tunai RM300,000. RM100,000 untuk bisnes, bakinya untuk pengurusan dan modal menghadapi pelbagai masalah dalam perniagaan. Adalah salah hanya mempunyai RM100,000 jika mahu membuka bisnes bernilai RM100,000. 

3. Berusaha bersungguh-sungguh.Melayu perlu berusaha bersunguh-sungguh tanpa jemu. Usaha berterusan sama ada dalam promosi, pemasaran, produk dan sebagainya. Tanpa usaha keras, kejayaan tidak akan datang

4. Bersabar dalam tempoh lama.Melayu perlu belajar bersabar kerana bisnes perlukan masa panjang. Dr Mahathir berkata “Saya buka kedai roti dah 5 tahun tapi belum nampak untung…”. Perniagaan perlukan masa panjang untuk berjaya, bukan sekelip mata.

5. Mengenai jenis perniagaan.Melayu perlu mengenali jenis perniagaan dengan baik. Jika buka restoran, tahu apa jenis masakan, cara promosi, cara menambahkan pelanggan dan sebagainya.

6. Rajin meninjau bisnes.Melayu perlu rajin keluar dari pejabat dan meninjau dunia perniagaan sama ada produk, pekerja dan segalanya. Sikap Melayu yang hanya terperap dalam pejabat akan menyebabkan kegagalan

7. Manfaatkan teknologi.Melayu perlu manfaatkan segala teknologi seperti peralatan mesin moden, internet dan sebagainya. Ini akan membantu melahirkan produk berkualiti dan berjaya dalam pasaran.

8. Sentiasa tambahkan aset.Melayu perlu sentiasa tambahkan aset seperti pembelian tanah, rumah kedai, emas dan sebagainya kerana harganya akan meningkat. Beliau mengatakan tanah di KL dibeli oleh Pavilion dengan harga RM7000 satu kaki

9. Belajar dengan bangsa lain.Melayu perlu belajar dengan bangsa lain. Jika di Malaysia Cina berjaya dalam bisnes, Melayu perlu belajar dengan mereka. Belajar dengan manusia berjaya akan membantu kita berjaya seperti mereka

10. Ikhlas dalam perniagaan.Melayu perlu ikhlas menjalankan bisnes, bukan hanya mencari kekayaan namun memanfaatkan kekayaan untuk kebaikan.

11. Menolak mitos.Ramai Melayu menganggap Cina berjaya kerana menipu sedangkan ia mitos. Hakikatnya Cina berjaya kerana usaha keras dan gigih. Mereka datang ke Tanah Melayu tiada apa-apa dan kini menguasai ekonomi negara. Beliau menyindir “Kalau ada yang anggap Cina kaya sebab menipu, buatlah!”

12. Mengamalkan peribadi mulia.Usahawan Melayu perlu mengamalkan sikap positif dalam kehidupan seperti rajin, amanah, tidak menipu dan sebagainya. Setiap amalan baik perlu diterapkan jika mahu berjaya. Manusia yang menipu dan tidak amanah, kejayaan bersifat sementara dan tidak kekal.

13. Menjauhkan sifat keji.Melayu perlu menjauhkan sifat keji seperti suka berbohong, mungkir janji, tidak amanah, menjual harga terlampau tinggi, hasad dengki, menjatuhkan bisnes org lain dan sebagainya. Sikap keji adalah punca kebanyakan usahawan Melayu gagal dalam bisnes

14. Jangan terlalu bergantung dengan tender kerajaan.Melayu tidak boleh bergantung dengan tender kerajaan kerana kuota terhad dan jumlah usahawan yang ramai. Melayu sepatutnya mempunyai produk yang boleh berjaya di pasaran sama ada dalam dan luar negara.

15. Mempunyai network.Melayu perlu mempunyai network agar saling bantu membantu sesama bangsa. Amalan ini telah diterapkan bangsa Cina dan mereka berjaya.

16. Membayar hutang dengan baik.Melayu perlu membayar hutang dengan baik dan menguruskan perniagaan dengan betul. Hutang wajib dibayar walaupun satu sen. Ramai Melayu mengabaikan hutang dan ini menyusahkan pihak yang memberi pinjaman. Mereka yang tidak membayar hutang bukan sahaja menyusahkan dirinya sendiri, namun menyusahkan pihak lain.


ANDA SETUJU FAKTA DI BAWAH?


Merancang Apa Orang Fikir Tentang Anda

Ada dua persoalan yang penting jika anda seorang usahawan.
Apa yang anda fikir tentang diri anda sendiri ?
Apa yang orang fikir tentang anda ?

Kalau orang tak beritahu, seorang usahawan akan tenggelam dalam soalan pertama di atas. Ini membuatkan dia syok sendiri dan tidak membantu langsung dalam memasarkan perniagaannya.

Ada banyak cara usahawan tenggelam dalam kes syok sendiri ini…

  • Ideanya hebat dan semua orang akan kagum dengan idea tersebut… kalau orang tahu tentang idea itu.
  • Produknya hebat dan semua orang akan tak mahu produk lain lagi… kalau orang tahu tentang produk itu.
  • Konsep perniagaannya hebat dan siapa saja yang terlibat tak akan cari konsep lain lagi… jika orang tahu tentang konsep perniagaan itu.
  • Dirinya hebat dan tak ada usahawan lain yang mampu buat apa yang dia boleh buat… kalau orang tahu tentang dirinya itu.
  • Kepakarannya hebat dan tak ada tolok bandingnya dan sekali gunakan kepakarannya tak akan cari kepakaran lain lagi… jika orang tahu tentang kepakarannya itu.

Senarainya boleh jadi panjang lagi kalau anda mahu. Buatlah sendiri tambahan kehebatan tentang diri anda dan perniagaan anda kalau anda mahu.

Tapi ingat! itu tak penting sama sekali dalam menentukan kejayaan perniagaan anda selagi anda tak berjaya buat sesuatu agar apa yang orang fikirkan tentang anda sama dengan apa yang anda fikirkan tentang dir anda.

Semua itu menjurus kepada satu kesimpulan,

“Apa yang anda tahu tentang diri anda tak penting, yang penting adalah apa yang orang fikirkan tentang anda…”

Merancang apa orang fikir tentang anda

Jadi bagaimana nak amalkan kesimpulan tadi di atas ?

Jawapannya adalah dengan menjalankan aktiviti pemasaran. Aktiviti tersebut mestilah menjurus ke arah membuat apa yang anda mahu orang fikirkan tentang diri anda.

Sebab itu seorang usahawan mesti belajar tentang pemasaran. Apa erti pemasaran dan bagaimana nak laksanakan aktiviti pemasaran secara menyeluruh.

Jika anda faham tentang pemasaran, anda akan sedar segala aktiviti perniagaan anda dari mula sampai habis terlibat dalam akviti pemasaran.

Ia melibatkan…
1. Bagaimana anda berkomunikasi atau bercakap atau buat ayat. Diri usahawan sendiri, pekerja syarikat keseluruhannya dari atas sampai ke bawah.

2. Bagaimana anda bertindak. Usahawan itu sendiri, pekerja keseluruhannya dari atas sampai ke bawah.
3. Bagaimana anda pamerkan diri anda, produk anda, pembungkusan, warna yang dipilih, lokasi, hiasan pejabat atau kilang atau premis perniagaan, kedudukan premis, dan senarainya amat panjang.
4. Bagaimana anda pilih pekerja
5. Bagaimana anda pilih pembekal
6. Bagaimana anda pilih pelanggan
7. Dan lain-lain…

Cerita ringkasnya adalah, jika anda menjual kereta BMW dan kereta yang dipamerkan berhabuk dan berdebu… dan anda pula melayan pembeli dengan memakai kain pelikat lusuh dengan singlet pagoda yang terkoyak…

anda sebenarnya sedang syok sendiri. Apa yang anda sedang fikirkan tentang anda tak sama dengan apa yang orang fikir tentang anda.


ANDA SETUJU FAKTA DI BAWAH?


4 Langkah Mudah Bercakap Dengan Amat Hebat

Memang mudah bercakap. Semua orang yang tidak bisu boleh bercakap, dan kita sendiri sering bercakap dan kita juga sentiasa mendengar orang bercakap.

Jika kita berfikir sejenak, untuk menganalisa pengalaman kita sendiri daripada aktiviti bercakap ini, kita mungkin akan mula bertanya soalan-soalan berikut:
  • Kenapa sesetengah orang apabila ia bercakap membuatkan kita memberikan perhatian pada percakapannya dan suka pada ucapannya sedangkan sesetengah orang apabila bercakap membuatkan kita berharap agar dia segera selesaikan ayat terakhirnya
  • Kenapa sesetengah orang apabila bercakap membuatkan kita terus saja percaya dan yakin apa yang dicakapkannya dan kenapa sesetengah orang, banyak manapun dia cakap, berapa kalipun dia ulang cakap, kita lansung tak yakin dengan apa saja yang dicakapkannya.
  • Kenapa sesetengah orang apabila kita meminta nasihat daripadanya lalu dia mula bercakap menasihati kita, membuatkan kita terus rasa lega dan lapang dan menemui jalan penyelesaian dalam masalah kita. Tetapi ada orang yang bila kita minta nasihat daripadanya lalu dia bercakap membuatkan masalah kita lebih kusut.
  • Akhir sekali kenapa ada orang yang kita sentiasa saja mahu menjadikan dia teman untuk mendengar kita bercakap sedangkan kita tak mahu mendengar dia bercakap. Ada orang lain pula kita lebih suka mahu menjadikan dia teman untuk kita mendengar dia saja bercakap sedangkan kita lebih suka mendengar daripada bercakap.
Sebenarnya semua persoalan yang disebutkan di atas ada kena mengena dengan kehebatan seseorang itu bercakap.
Memang mudah bercakap, semua orang memang boleh bercakap tetapi jika tidak kena gayanya percakapan kita hanya sekadar mencetuskan pencemaran bunyi.
Oleh itu sebelum kita bercakap pastikan kita ikuti petua yang saya sebutkan di bawah agar cakap kita sentiasa ‘POWER’:
  1. Cakaplah dengan perlahan-lahan. Perlahan di sini bukan bermaksud volume, tapi rentak percakapan kita. Jangan cakap seperti ‘mesingun’ yang memuntahkan pelurunya tanpa henti menghancurkan apa saja yang ada di depannya. Untuk memahaminya dengan lebih jelas cuba bayangkan percakapan seorang kanak-kanak yang gementar cuba menceritakan sesuatu pada anda, berbanding dengan percakapan seorang hakim ketika memberikan penghujahannya.
  2. Berhenti sejenak. Pastikan anda henti sejenak satu atau dua saat setiap kali menghabiskan ayat anda atau anda juga boleh henti sejenak di tengah ayat dan sambung semula untuk menghabiskannya. Mereka yang berbuat begitu mempamerkan kejituan serta keyakinan akan ucapannya serta yakin orang tidak akan potong percakapannya sewaktu berhenti sebentar.
  3. Turunkan intonasi. Anda akan dilihat bercakap dengan penuh keyakinan jika setiap kali anda habiskan ayat anda dengan menurunkan intonasi. Bayangkan intonasi apabila anda bertanya soalan, ‘apa kamu cakap?”, intonasi anda apabila bertanya tadi naik dengan mendadak pada akhir ayat, jangan buat begitu ketika anda berucap atau bercakap. Bayangkan pula jika anda berkata pada seorang kawan, “maaf, saya tak boleh tolong kamu…”, perkataan kamu pada akhir ayat yang diperlahankan intonasinya akan cukup meyakin kawan anda bahawa anda benar-benar tidak mampu menolongnya.
  4. Bernafas dengan betul. Lihat bagaimana anda bernafas ketika bercakap. Jangan hembus dan sedut nafas dengan menggunakan mulut, gunakanlah hidung anda. Orang yang bercakap sambil bernafas dengan menggunakan mulut hanya mempamerkan rasa bimbang dan tidak yakin pada orang lain. Perhatikan juga bagaimana anda menyedut nafas anda, adakah melalui dada atau perut. Pernafasan yang betul adalah melalui perut dan bukan dada. Jika anda tarik nafas dan dada anda yang kembang sedangkan perut anda kempis, anda telah bernafas dengan cara yang salah. Lihat bayi yang sedang tidur, bernafas dan belajar semula cara bernafas ‘semulajadi’ melalui bayi.
Jika anda mahu tambahkan lagi kemanisan dalam percakapan anda, jangan lupa untuk senyum sedikit ketika bercakap.
Walaupun ketika bercakap melalui telefon, ia memberikan kesan yang baik dan nyaman pada mereka yang mendengarnya.
Selamat mencuba dan semoga lebih mudah bercakap.
(Sumber buku: The Charisma Myth: How Anyone Can Master the Art and Science of Personal Magnetism)

ANDA SETUJU FAKTA DI BAWAH?


Jadi Yang Terbaik, Hebat, Kaya, Berjaya Dengan Cara Tersendiri

Siapa yang tak ada keinginan untuk jadi yang terbaik !.

Hampir kesemua kita yang normal, punya naluri inginkan keselesaan yang terbaik. Dalam apa saja yang kita lakukan sejak kecil sehinggalah dewasa. Menjadi yang terbaik biasanya tersimpan kemas dalam hati sanubari.

Walaupun secara zahirnya, mulut kita menafikan untuk menjadi yang terbaik, hakikatnya sesekali kita cuba berangan-angan meletakkan diri dalam keadaan terbaik. Antara angan-angan yang pernah bermain di kepala semua orang adalah seperti:
  1. Tubuh badan – Kita idamkan menjadi sesorang yang sasa berpetak-petak pada bahagian perut dan lengan dipenuhi dengan otot sasa. Kadang-kadang kita bayangkan memiliki tubuh badan yang tinggi dan kemas.
  2. Rupa paras – Setiap kali melihat lelaki hensem samada pelakon atau sesiap saja, kita terlintas juga berfikir, ‘kalaulah rupa aku macam tu…!”. Lebih-lebih lagi bila terserempak wanita jelita yang lansung tak pandang kelibat kehadiran kita, ingin rasanya masa itu bertukar menjadi Tom Cruise, baru padan muka dia.
  3. Bijaksana – Alangkah bahagianya mendapat kedudukan nombor satu sepanjang masa dalam peperiksaan. Bestnya jika skor 4 flat setiap semester. Kenapa orang tak jadikan aku sebagai pakar rujuk pada setiap masalah mereka dan lain-lain lagi. Kita idamkan menjadi bijaksana dan yang paling bijak antara semua.
  4. Harta benda – Siapa tak ingin masuk dalam senarai 40 paling kaya di Malaysia. Kita sesekali terdetik dalam kepala inging dilahirkan berbinkan Sultan Johor atau seumpamanya. Bila melintas kereta mewah kita menjeling juga siapa pemandunya. Bila kenduri dan melihat sambutan ceria tetamu yang datang dengan Merz model terbaru, rasa mahu jugak berada ditempatnya.
  5. Kuasa – Sejak kecil, kita semua berebut mahu menjadi hero. Setiap kali bermain watak-watak kartun, semua mahu jadi kesatria merah. Sekarang ramai kanak-kanak mahu jadi Ultraman, San Goku dan lain-lain. Kita mahu jadi yang paling berkuasa. Kita kecewa bila anak isteri melawan cakap. kita tak selesa bila anak buah atau pekerja tak hormat. Sedar atau tidak kita sentiasa ketagihkan kuasa.

Permudahkan Hidup Jadi Yang Terbaik

Bagaimana meringkas dan memudahkan hidup kita dan menikmati apa yang sedang kita miliki. Ini penting agar kita menjadi orang yang berjaya dengan cara kita sendiri.

Kita perlu mencipta sejarah diri kita sendiri tanpa cuba menjadi orang lain. Petuanya mudah saja,
“Bila ada yang baik, jangan tunggu yang terbaik”
Amalkan petua di atas dan sematkan selalu di dalam hati, insyallah hidup akan menjadi ringkas dan mudah.

Dengan beristiqamah mengamalkannya, lambat laun kita bakal mencipta sejarah sendiri menjadi yang terbaik tanpa perlu terkejar-kejar. Ingat!!!
“Apa saja yang sedang kita miliki sudah berada dalam kategori yang baik, maka bersyukurlah!”
Budaya atau falsafah di atas juga boleh mengawal nafsu yang tidak pernah berpuas hati dengan apa yang kita ada.

Tak ada orang yang berjaya dengan selamat dengan terikut-ikut dorongan nafsu. Sukar untuk berjaya jika kita tak pernah syukur dengan apa yang kita ada. Terlalu sedikit mereka yang berjaya dengan kehidupan yang tidak bahagia.

Contoh mudah untuk diamalkan

Setiap kali anda ke pasaraya membeli barang keperluan dengan menaiki kereta, anda boleh melatih diri mengamalkan budaya falsafah di atas ketika masuk ke perkarangan pasaraya mencari tempat letak kereta.

Mari kita istilahkan kedudukan seperti berikut:
  • Yang terbaik – Parkir betul-betul di depan pintu masuk pasaraya
  • Baik – Ada tempat parkir tak kira di mana saja
  • Yang terburuk – Tak ada ruang parkir
Setiap kali masuk kawasan pasaraya, saya akan semat falsafah, ‘jika ada yang baik tak payah tunggu yang terbaik’.

Dengan falsafah tersebut saya sentiasa mendapat ruang letak kereta dengan cepat dan pantas kerana saya tak pernah tunggu yang terbaik.

Ada ramai yang sudah mendapat yang baik tetapi masih mahukan yang terbaik berakhir dengan membuat pusingan demi pusingan.

Masa terbuang dan perasaan tak puas hati mula timbul. Keadaan menjadi lebih parah jika kawasan parkir sesak, silap-silap tak ada terus dan terpaksa menunggu dalam kereta.

Amalan yang menjanjikan tempat terbaik

Tidak tamak untuk menjadi yang terbaik, dengan merebut peluang yang baik kebiasaannya membawa kepada menjadi yang terbaik.

Ini di sebabkan yang terbaik itu sentiasa berada di kalangan yang baik.

Banyak kali saya mendapat parkir terbaik hanya kerana saya berazam untuk merebut  mana saja parkir yang paling awal saya dapat terlebih dulu tanpa menunggu dan mencuba nasib di hadapan.

Ini menjadikan usaha mendapat yang terbaik berlaku dalam keadaan santai dan tanpa tekanan.

Amalkan Dalam Semua Hal Kehidupan Terutamanya Perniagaan

Dalam perniagaan, saya sentiasa amalkan sikap yang sama.

Setiap peluang yang ada akan saya rebut tanpa menunggu yang terbaik. Setapak demi setapak ia membawa saya kepada yang terbaik tanpa tekanan.

Ramai yang idamkan menjadi usahawan dengan terus mengejar projek berjuta-juta. Ada di kalangan rakan-rakan saya yang membuang masa bertahun-tahun dengan sikap begitu.

Memang bisnes jutaan ringgit adalah yang terbaik, tetapi bisnes ratusan ribu juga sudah cukup baik, ambil itu dahulu dan jangan buang masa.

Begitu juga dalam hal berumah tangga, jangan tunggu yang tercantik, yang tersoleh atau solehah, yang terberada, yang terserasi dan berbagai-bagai ter lagi, anda akan berakhir dengan TER-RIAK…!

Jika ada yang baik tak perlulah tunggu lagi yang terbaik…anda sebenarnya membina sikap menjadi yang terbaik dengan cara anda sendiri…Insyallah.

Selamat mencuba.