BAGAIMANA MENGENALI POTENSI DIRI

Setiap manusia memiliki kekuatan dan potensi masing-masing, tapi masih banyak yang belum menyedari potensi sebenar dalam dirinya sendiri.

Kejayaan hidup seseorang itu ditunjangi oleh kebolehannya mengasah dan menggilap potensi sebenar yang dianugerahkan Allah kepadanya dan menyelusuri jalan yang di bentangkan oleh Allah untuknya

Ramai di kalangan kita hari ini tidak mengambil peduli tentang apakah kelebihan-kelebihan yang telah Allah anugerahkan kepada kita. Kita hanya redha dengan apa yang ada dengan alasan….. itu adalah takdir kita yang telah ditetapkan oleh Allah.

Pernahkah terlintas dalam hati kita...dalam fikiran kita ….dalam minda kita, apakah rezeki kita dihadkan Allah setakat ini sahaja? Adakah Allah memandang darjat dan rupa untuk memberi rezeki kepada hambaNya? Adakah Allah memilih bangsa dan warna kulit untuk mengurniakan kejayaan kepada umat manusia? Adakah Allah memilih jantina dan agama untuk menurunkan rezeki kepada kita yang bernama insan yang hina dina ini. Tidak sekali-kali wahai tuan-tuan dan puan-puan…. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil terhadap setiap hambanya

Jarang sekali terlintas difikiran kita….. adakah apa yang kita kerjakan hari ini adalah apa yang sepatutnya kita kerjakan? Adakah bidang yang kita terokai hari ini adalah sesuai dengan diri kita. Adakah keringat yang kita curahkan sudah mencukupi untuk Allah anugerahkan kita dengan kekayaan? Adakah pengorbanan yang kita buat sehingga hari ini sudah mencukupi untuk sebuah kejayaan? Adakah derita dan sengsara yang kita alami sudah cukup untuk ditukarkan dengan sebuah kebahagiaan?

Pernahkah kita terfikir ... ? Adakah apa yang kita usahakan hari ini dijana menggunakan potensi sebenar yang dianugerahkan oleh Maha Pencipta kepada kita? Adakah segala usaha, keringat, perngorbanan dan penderitaan yang terpaksa ditempuhi oleh mereka yang berjaya adalah sama dengan apa yang telah kita curahkan selama ini? Renung-renungkanlah… “Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubahnya.”

Dan untuk berubah kita perlu terlebih dulu mengenali potensi diri kita. Untuk mengenali potensi diri, kita perlu

1. Kenali diri sendiri
Analisis diri kita, apa yang membuat kita bahagia, apa yang kita inginkan dalam hidup ini, apa kelebihan dan kekuatan yang kita ada. Apa kelemahan kita. Kemudian jawablah pertanyaan ini secara jujur dan objektif. Mintalah bantuan keluarga atau sahabat untuk menilai kelemahan dan kekuatan kita. Senaraikan kesemuanya. Perbaiki segala kelemahan kita dan tingkatkan lagi kelebihan yang ada.

2. Tentukan matlamat hidup
Tentukan matlamat hidup kita........ sama ada j/pdk atau j/pjg. Tapi kena la realistik, jgn melampau-lampau. Apa sebenarnya yang kita nak capai dalam hidup. Apa impian kita. Apa keinginan kita. Kita kena berimaginasi tp bukan berangan-angan. Sebuah imaginasi yang cemerlang akan membuahkan kejayaan. Suatu angan2 walaupun gemilang....akan hanya tinggal menjadi kenangan.

3. Kenali motivasi diri
...what drives u? Setiap dari kita memiliki motivasi tersendiri untuk mencapai tujuan hidupnya. Kenali apa yang memotivasikan kita, apa yang mampu memacu semangat kita, apa yg menjadi pendorong kita untuk menghasilkan usaha terbaik, sehingga kita memiliki kekuatan dan kemampuan untuk menjadi yang terbaik.

4. Sentiasa berfikiran positif
Lenyapkan segala pemikiran-pemikiran negatif yang boleh menghalang usaha kita untuk mencapai matlamat. Setiap kali kita menghadapi kesukaran, atau menemui jalan buntu, jangan menyalahkan orang lain, jangan menyalahkan keadaan. Cuba nilai kembali setiap apa yang telah kita lakukan, perbaiki semua kesilapan dan kemudian bangkit dan terus melangkahlah kembali dengan penuh azam dan keyakinan

5. Jangan menyalahkan diri sendiri
Jika terjadi sesuatu yang tidak diinginkan dalam mencapai tujuan anda, jangan menyesali dan menyalahkan diri sendiri secara berterusan. Jangan terlalu beremosi. Tak ada maknanya. Kesedihan tidak menguntungkan sesiapa. Kita perlu segera bangkit dari kegagalan dan tetapkan matlamat dengan jitu. Jadikan kegagalan itu sebagai pengajaran dan panduan untuk kita lebih berhati-hati di masa hadapan

6. Perubahan sikap
Kita perlu mengubah sikap. Dari negatif kepada positif. Faktor kepada perubahan sikap ialah perasaan, kepercayaan, pemikiran, imaginasi, janji diri dan kelebihan serta kelemahan diri iaitu potensi diri.

Untuk mengubah sikap..... kita perlu mengubah perasaan...
Sebelum mengubah perasaan....kita perlu mengubah kepercayaan.
Sebelum mengubah kepercayaan ....kita perlu mengubah pemikiran.
Sebelum mengubah pemikiran ...kita perlu mengubah imaginasi.
Sebelum mengubah imaginasi ....kita perlu mengubah janji diri.
Sebelum mengubah janji diri .... kita perlu mengenali potensi diri
Sekarang ini mungkin tuan-tuan dan puan-puan sedang cuba menilai, apakah potensi sebenar diri tuan-tuan dan puan-puan. Ingat, potensi kita adalah kunci untuk menggapai sebuah kejayaan. Jadi, mulai sekarang kenalpasti potensi diri anda semoga kebahagian dan kejayaan itu milik kta bersama.


ANDA SETUJU FAKTA DI BAWAH?