Dua Tips Penting Menilai MLM
Jadi untuk bezakan samada antara bisnes MLM ORIGINAL atau pun MLM CETAK ROMPAK – skim cepat kaya bertopengkan MLM, ini dua ‘tips’ penting yang membezakan kedua-dua jenis MLM.
Penilaian #1: Mementingkan Produk
Produk adalah faktor paling penting dalam apa bisnes sekalipun. Kalau bisnes tu tak pentingkan produk, dan produk dia memang orang tak akan beli kalau bukan sebab nak join ‘skim’, awas! Kena hati-hati. MLM macam ini jadikan produk hanya sebagai alat atau topeng untuk menjadikan aktiviti mereka sah di sisi undang-undang. Pendek kata, kalau jual produk tu kepada public, memang tak laku. Sebab tak berkualiti, atau harganya terlalu tinggi berbanding nilai sebenar. Tak berbaloi beli…
Penilaian #2: Cara Menjana Pendapatan
Pendapatan bisnes MLM sepatutnya hanya dengan menggerakkan (menjual) produk samada jualan persendirian atau jualan berkumpulan. Tak ada apa-apa komisyen atas penajaan (cari downline). Kalau income dapat berdasarkan berapa kepala yang masuk dalam network kita, awas! MLM itu mungkin Skim Cepat Kaya yang bertopengkan MLM.
MLM yang 24 jam fikir nak cari orang baru, saya cukup-cukup sangsi. Kekadang syarikat tu okay, tapi kumpulan-kumpulan pengedar ni yang buat bisnes tu jadi Skim Cepat Kaya. Antara aktiviti yang tak sihat ialah aktiviti “Head-hunting”, “Font-loading”.
Awasi “Head-Hunting” dan “Front-loading”
“Head-hunting” tu maksudnya pendapat bisnes tu benar-benar bergantung kepada merekrut ahli. Tak ada ahli baru, maksudnya tak ada bisnes, dan tak ada lah pendapatan pada bulan tu. Ahli lama yang dah rekrut tu macam mana? Ah… ahli lama dah tak penting sebab ahli lama tak lagi menyalurkan apa-apa keuntungan. Keuntungan cuma dapat sekali jer iaitu masa ahli baru mula-mula membayar ‘yuran’ keahlian. Setiap yuran keahlian baru, akan ada portion untuk upline!
Skim Cepat Kaya memburu orang yang berduit, atau layak buat pinjaman.
“Front-loading” tu maksudnya mensyaratkan ‘wajib’ beli barang secara pukal (banyak) untuk join. Dalam banyak kes, barang tu akhirnya tersadai di bawah katil dan tak terjual. Oh… memang malang. Ramai juga kawan saya yang terkena. Beli stok sampai beribu-ribu ringgit tapi akhirnya bisnes tak jalan. Lebih malang lagi bila terpaksa bayar balik Personal Loan! Oh, dah jatuh ditimpa tangga! Bisnes tak jalan, hutang pulak tak terbayar. Dan lebih-lebih lagi malang, dia dah letak jawatan sebagai penjawat awam kononnya nak buat bisnes MLM full-time!
Usahawan MLM Yang Mukmin
Secara ringkasnya, saya nasihatkan sahabat semua selidik dulu betul-betul setiap bisnes atau skim yang anda nak join. Berhati-hati dengan janji kaya, semuanya mudah, tak payah itu, dan tak payah ini. Kalau betul-betul nak kaya, memang kena lalui susah payahnya, tak kira apa bisnes sekalipun sebab itulah sunnatullahnya. Setiap keuntungan besar, pastinya dibayar dengan pengorbanan yang besar. Tak ada jalan senang untuk senang…
Kalau berniaga MLM, berniagalah dengan hati yang tulus ikhlas, penuh beretika, dan berakhlak sebagai seorang muslim lagi mukmin. Bisnes kecil pun tak apa asalkan ianya berkat. Bila berkat, yang sikit pun terasa banyak. Yang ciput pun jadi cukup, insyaAllah.
Dan jangan lupa, rezeki yang kecil tu lama-kelamaan akan jadi besar kalau kita buatnya dengan betul dan sabar (istiqamah)… InsyaAllah.
ANDA SETUJU FAKTA DI BAWAH?




